Akmal Nasir retweeted
Moscow, Russia | 26 October 2026 - On the sidelines of the 8th GECF Summit, H.E. Dr Philip Mshelbila, Secretary General of the Gas Exporting Countries Forum (GECF), held a bilateral meeting with YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Haji Mohd Nasir, Minister of Economy, #Malaysia .
the longstanding participation of #Malaysia in the #GECF, as well as its importance as a producer, processor, exporter and even importer of natural gas. It covered the increasingly important role of natural gas in the future energy mix, particularly in meeting the rising energy demand of Asia. The parties reaffirmed their interest in deepening their collaboration on natural gas and energy matters.
0
4
5
322
Saya mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-28 Gas Exporting Countries Forum (GECF) di World Trade Center, Moscow, Persekutuan Rusia bagi mewakili YAB Perdana Menteri Dato’ Seri @anwaribrahim

Mesyuarat turut dihadiri oleh Presiden Vladimir Putin serta kerajaan lain termasuk Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Iran Masoud Pezeshkian serta pemimpin dari negara Algeria, Mozambique, Libya dan Equatorial Guinea.

Kedudukan Malaysia masih kekal sebagai pengeksport gas LNG kelima terbesar di dunia.

Keadaan geopolitik dunia pula terus tidak menentu dan menuntut kita untuk terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor gas asli.
1
4
9
481
Replying to @akmalnasir
Hal ini kerana walau apa pun keadaannya, kita perlu terus menyeimbangkan kepentingan pasaran eksport dengan keperluan bekalan dalam negara termasuk untuk kegunaan domestik dan perindustrian.

Saya juga menekankan komitmen Malaysia terhadap pelaksanaan tenaga boleh baharu secara ala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan peningkatan bahagian tenaga boleh baharu kepada 70% daripada jumlah kapasiti terpasang penjanaan elektrik menjelang 2050.

Insya Allah, kita terus bersiap siaga untuk memastikan keselamatan tenaga negara terus terpelihara, meneroka peluang kerjasama strategik yang mampan di peringkat global serta memacu masa depan tenaga yang lebih hijau dan stabil tatkala menghadapi ketidaktentuan geopolitik global.
0
0
0
64
Saya mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-28 Gas Exporting Countries Forum (GECF) di World Trade Center, Moscow, Persekutuan Rusia bagi mewakili YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Presiden Vladimir Putin serta kerajaan lain termasuk Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Iran Masoud Pezeshkian serta pemimpin dari negara Algeria, Mozambique, Libya dan Equatorial Guinea.

Kedudukan Malaysia masih kekal sebagai pengeksport gas LNG kelima terbesar di dunia.

Keadaan geopolitik dunia pula terus tidak menentu dan menuntut kita untuk terus memperkukuh kerjasama antarabangsa dalam sektor gas asli.

Hal ini kerana walau apa pun keadaannya, kita perlu terus menyeimbangkan kepentingan pasaran eksport dengan keperluan bekalan dalam negara termasuk untuk kegunaan domestik dan perindustrian.
0
4
17
1,748
Akmal Nasir retweeted
📸 #FamilyPhoto

On Oct 27, the 8th Summit of Heads of State & Government of the Gas Exporting Countries Forum (#GECF) opened in Moscow.

GECF members account for 70% of the world’s proven natural gas reserves & 38% of global production.
29
143
538
26,553
SG4 UNJUR PERTUMBUHAN 7% SETAHUN : CITA-CITA BESAR, KITA SEMAK KEUPAYAAN PELAKSANAAN

Saya mengikuti rapat SG4 Business & Economic Forum 2026 walaupun kini berada di Moscow bagi urusan Mesyuarat GECF bersama Presiden Vladimir Putin. 

Antara sasaran KDNK yang diketengahkan untuk negeengganu dan Perlis (SG4) berdasarkan dapatan forum ini adalah RM723.75 bilion bagi keempat-empat negeri menjelang 2050.

Ini bermakna, negeri-negeri SG4 meletakkan sasaran pertumbuhan sehingga 7% setahun.

Sudah pasti untuk mencapai cita-cita besar ini, semua pihak yang perlu menjayakannya tidak boleh bersifat business as usual. 

Ia memerlukan perancangan yang berdaya maju, peningkatan produktiviti serta pelaksanaan projek dan pelaburan yang berkesan.

Saya tidak mahu memberikan komen terhadap sasaran pertumbuhan yang diletakkan, tetapi kita perlu semak usaha Kerajaan Persekutuan yang sewajarnya diketengahkan dalam perbincangan untuk membangunkan wilayah-wilayah ini.

Tanpa mengetengahkan usaha-usaha ini, saya yakin sukar untuk kita menyemak keupayaan pelaksanaan dalam membangunkan negeri-negeri ini.

Pertama sudah pasti peruntukan pembangunan (DE) oleh Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM7.70 bilion pada tahun 2025, berbanding gabungan anggaran belanjawan pembangunan negeri sekitar RM1.13 bilion.

Jika dibuat perbandingan, skala peruntukan pembangunan Persekutuan adalah kira-kira 6.8 kali lebih besar.

Komitmen ini terus diperkukuh di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026–2030, apabila sebanyak 1,487 projek pembangunan telah diluluskan bagi keempat-empat negeri SG4 dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM71.52 bilion.

Malah, peruntukan siling pembangunan bagi negeri-negeri tersebut di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) Tahun 2027 turut meningkat kepada RM8.11 bilion, berbanding RM7.98 bilion di bawah RP1 Tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak RM130 juta atau 1.6%.

Peningkatan ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan pelaksanaan projek pembangunan dapat diteruskan secara berkesan, khususnya dalam memperkukuh penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyat di negeri-negeri berkenaan.

Antara projek strategik yang menyokong pembangunan wilayah ini yang turut melibatkan agensi Persekutuan termasuk Kedah Rubber City, ECRL, Tok Bali Industrial Park, Kertih Biopolymer Park, Perlis Inland Port serta Chuping Valley Industrial Area, yang memperkukuh asas pertumbuhan ekonomi wilayah dengan kerjasama kerajaan dan swasta.

Ada antara projek ini yang telah saya sendiri turun dan semak pelaksanaannya. 

Dari sudut pelaburan, data MIDA bagi 2025 menunjukkan empat negeri merekodkan RM37.23 bilion pelaburan diluluskan dengan potensi 18,319 peluang pekerjaan diwujudkan.

Namun, kelulusan pelaburan bukan bermakna projek telah siap. Potensi pekerjaan bukan bermakna pekerjaan telah diwujudkan. Kita perlu memastikan projek benar-benar dilaksanakan, usahawan tempatan menyertai rantaian bekalan, dan rakyat mendapat pekerjaan berkualiti serta pendapatan yang lebih baik.

Perkara yang lebih saya bimbang dalam kita merancang ekonomi sehingga 2050 adalah cabaran infrastruktur asas sedia ada seperti bekalan air bersih dan infrastruktur asas yang lain. 

Sebab itu saya beriya-iya bimbang tentang isu bekalan air di Kedah yang mencatatkan rizab margin kosong peratus. Begitu juga dengan masalah bekalan air di Kelantan.

Bagaimana untuk membangunkan ekonomi tempatan dan menarik pelaburan dengan lebih rancak tanpa kemudahan infra asas seperti ini ?

Tatkala peruntukan pembangunan (DE) Persekutuan serta projek-projek pembangunan yang dibiayai Persekutuan giat dilaksanakan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi di negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu, adalah wajar permasalahan dalam bentuk infrastruktur asas seperti bekalan air diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak yang berkenaan.
0
6
23
687
Kadang kala, kita perlu buat leap of faith.

Kita jadi sekumpulan orang yang berani untuk mengambil risiko atau mempercayai sesuatu perkara tanpa adanya jaminan tentang hasilnya terlebih dahulu.

Banyak kisah kejayaan dalam dunia ini dimulakan dengan orang-orang seperti ini. ku pada banyak syarikat besar hari ini. Satu ketika dulu, idea memesan teksi melalui aplikasi telefon juga dipandang ragu. Begitu juga dengan kereta elektrik dan touchscreen phone.

Tetapi tidak lagi sekarang.

Sebab itu saya pesan kepada pengasas startup di majlis penutup KL20 : kalau saudara yakin boleh selesaikan masalah sebenar, pegang keyakinan itu. Ambil risiko.

Tiada kejayaan hebat yang menjadi kenyataan tanpa keazaman segelintir kumpulan kecil yang mula-mula percaya.

Dan setiap startup yang berjaya membuka lebih banyak kerja bernilai tinggi, bermakna lebih banyak peluang untuk anak muda kita dibayar setimpal dengan kemahiran mereka.

Perjalanannya memang panjang. Tetapi kita teruskan.
0
7
27
615
Minggu ini saya berada di Turkmenistan untuk agenda yang cukup penting buat negara 🇹🇲

Kalau ada yang ingat, pada Jun lalu PETRONAS memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan kerajaan Turkmenistan untuk membangunkan antara rizab gas terbesar di dunia.

Kehadiran saya di dalah untuk menyambung usaha itu.

PETRONAS sudah 30 tahun bertapak di sini. Tiga dekad bukan tempoh yang singkat. Ia dibina atas kepercayaan, dan tugas kita sekarang ialah memastikan kepercayaan itu terus diterjemahkan kepada kerjasama yang lebih besar untuk masa depan.

Di Ashgabat, saya menyertai Persidangan dan Pameran Antarabangsa Minyak dan Gas Turkmenistan ke-31 (OGT 2026).

Dalam sesi Pleno Pembukaan, saya menegaskan bahawa syarikat Malaysia perlu melangkah lebih jauh daripada sekadar menjadi pembekal, sebaliknya tampil sebagai rakan strategik jangka panjang yang mampu mencipta nilai tambah.
2
8
36
1,297
Replying to @akmalnasir
Penyertaan 20 syarikat OGSE Malaysia, termasuk PETRONAS di OGT 2026 mencerminkan potensi besar industri tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Saya juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) dengan State gi kerjasama dalam bidang perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas di Turkmenistan.

Langkah ini disusuli dengan Malaysia–Turkmenistan Energy Roundtable yang saya pengerusikan bersama TYT Maksat Babayev, Menteri Negara merangkap Pengerusi State Concern Turkmengaz, dan TYT Mammetguly Astanagulov, Menteri Kewangan dan Ekonomi Turkmenistan.

Sesi ini membuka ruang kepada syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia untuk menunjukkan kepakaran mereka di pentas antarabangsa.

Jika syarikat anak tempatan memperoleh kontrak di luar negara, yang untung ialah pekerja dan ekonomi kita di Malaysia.

Saya juga sempat mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi bagi Turkmenistan.

Selepas ini, saya akan terus ke Moscow untuk menghadiri mesyuarat Forum Negara-Negara Pengeksport Gas (GECF).
0
0
0
135
“PRR Larkin baru yang YB cakap dulu apa cerita sekarang ?”

Ini dia saya turun tengok.

Memang dah lama tak spotcheck site perumahan 😅

Projek PRR Larkin yang baru ini salah satu perkara yang kita perjuangkan sewaktu di KPKT lagi.

Bila dah dapat peluang turun, memang saya arking, susun atur dan ventilation sehingga jalan.

Nak pastikan setiap peruntukan pembangunan (DE) yang disalurkan itu beri manfaat semaksimum mungkin kepada orang ramai di sini.

Saya harap semuanya berjalan lancar, Insya Allah.
0
14
28
896
Semalam ramai komen share pengalaman tentang gaji fresh grad dalam bidang semikonduktor.

Cerita pengalaman family dengan kawan yang involve, memang betul tinggi 👍

Itulah yang kita nak. Biar lebih ramai graduan muda dapat peluang yang sama, dan bukan dalam semikonduktor sahaja.
h cipta semua pekerjaan itu sendiri.

Kerja bergaji tinggi yang mampan perlu diwujudkan oleh pasaran.

Untuk itu, ekonomi kita perlu lebih kompleks.

Maksudnya, kita bukan sekadar menghasilkan barang yang sama secara besar-besaran.

Kita mampu mencipta produk, teknologi dan perkhidmatan yang lebih canggih, yang tak mudah ditiru negara lain.

Ekonomi yang kompleks memerlukan lebih banyak kemahiran tinggi.

Kemahiran tinggi = dibayar tinggi.

Salah satu cara paling berkesan untuk ke sana ialah dengan memperbanyak startup.

Startup membawa idea baru, membuka industri baru, dan bila mereka berkembang, mereka perlukan jurutera, pembangun perisian, pereka dan penganalisis data.

Bila semakin banyak syarikat bersaing mencari bakat, gaji anak muda pun naik secara semula jadi.

Sebab itu kita ada KL20, pelan tindakan untuk jadikan Kuala Lumpur antara 20 ekosistem startup terbaik dunia menjelang 2030.

Peranan kerajaan di sini ialah membina ekosistemnya: permudahkan akses dana, percepatkan kelulusan, dan buka akses kepada bakat serta teknologi.

Selebihnya, biar pasaran yang bergerak.

Jalan ke situ memang panjang.

Tapi kita sudah mula.
0
2
14
468
“Kerja jadi pereka design cip semiconductor ni betul ke gaji premium ?”

Saya biar mereka sendiri yang jawab.

Dua graduan muda dari USM, kedua-duanya masih fresh grad dan bekerja di Pulau Pinang sebagai design engineer berkaitan semiconductor.

Gaji permulaan mereka RM4,500 ke mpai RM6,000 untuk kerja pertama 🔥🔥

Seorang lagi, jurutera perisian yang sudah 5 tahun dalam industri ini.

Gajinya hari ini lebih dua kali ganda berbanding ketika mula bekerja.

Sebaiknya jika lebih ramai rakyat Malaysia turut dapat menikmati peluang seperti ini.

Dan inilah sebabnya kita bersungguh-sungguh membina ekosistem reka bentuk cip negara.

Usaha kita bukan sekadar mencipta cip, tetapi juga terus membina pasaran, supaya apa yang kita hasilkan dapat membuka ruang yang lebih luas untuk minat dan reka cipta dari negara kita sendiri.

Daripada Made in Malaysia kepada Made by Malaysia. 🇲🇾
3
33
138
8,740
Kalau ada peserta IPR berhenti separuh jalan, maksudnya program ini gagal ke ?

Saya tanya terus sewaktu turun di IPR INTAN di Ayer Hitam, Johor.

Ha sudah 🤦🏻‍♂️

Takkan gagal program ni, bisik hati saya.

Rupanya, sebahagian peserta yang berhenti itu bukan menganggur atau give up.
di kebun lain. Malah ada yang mungkin sudah bersedia untuk buka kebun sendiri dan jadi usahawan.

Kalau begitu, saya kira itu satu kejayaan la 😁

Sebab dari awal, matlamat IPR INTAN bukanlah untuk jadikan peserta sekadar pekerja ladang semata-mata.

Kita tak mahu kerja pertanian ini dilihat sebagai kerja buruh kasar.

Selagi waktu kerjanya munasabah dan adil, yang lebih penting ialah apa yang mereka bawa pulang selepas tamat program : kemahiran, keyakinan dan pengalaman untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Saya pun nampak perkara yang sama bila berbual dengan peserta di IPR INTAN Putrajaya tempoh hari.

Mereka sendiri melihat diri mereka sebagai usahawan. Pendapatan mereka bergantung kepada hasil tuaian, dan ada antara mereka yang sudah jadi “otai” pun.

Dan berita baiknya, akan ada pengambilan peserta baru tak lama lagi 💯💯💯

Jadi, stay tune.
1
24
90
1,464
Saya cukup risau dengan macam-macam berita tentang keselamatan di sekolah sejak dua menjak ini.

Sebab itu bila ada aduan tentang pagar sekolah rosak memang perlu dibaiki dengan segera.

Bahaya, kalau tak anjing liar, orang luar boleh menyelinap masuk.

Saya minta team follow SMK Taman Pelangi di Johor Bahru tahun lepas.

Saya minta tanya sendiri pelajar dan warga di sekolah ini.

Inilah hasilnya.
0
10
55
970
Saya rasa korang kena tengok sendiri keadaan sebenar ‼️

Ini lawatan kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.

Inilah salah satu dari macam-macam permohonan Perbelanjaan Pembangunan (DE) yang Kementerian Ekonomi terima setiap tahun sebelum Belanjawan.

Sebab itu saya gurusan projek-projek supaya jangan tiris dan bocor.

Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan isu kelewatan dan kos yang melambung tinggi.

Setiap ringgit yang dibelanjakan dengan berhemah, kita boleh bantu naik taraf lebih banyak kuarters polis seperti dalam video ini.
3
20
76
1,497
Graduan bidang “ini” sekarang sudah boleh bermula dengan gaji sekitar RM5,000 sebulan, dan meningkat ke RM8,000 hingga RM9,000 dalam beberapa tahun sahaja.

Itu jenis pekerjaan yang kita mahu anak-anak Malaysia nikmati, di negara sendiri.

Kerja apa yang boleh tawarkan gaji ni clickbait je ?

Sebenarnya ada kaitan dengan apa yang kita usahakan, jadi perlu baca sampai habis.

Minggu ini saya sempat bersama-sama pasukan lakukan follow up inisiatif berkaitan kerjasama Kerajaan Malaysia dengan Arm Limited.

Satu bersama Telekom Malaysia, berkaitan potensi kerjasama agar teknologi tempatan digunapakai serta ruang penglibatan kalangan pemain-pemain semikonduktor.

Dan satu lagi tentang program Arm On Demand Training untuk pelajar di institusi pengajian tinggi swasta.
4
11
43
1,453
Replying to @akmalnasir
Kenapa saya beriya soal semikonduktor ini ?

Kalau kita buat perkara ini sampai berjaya, memang laba besar untuk masa depan anak-anak kita.

Selama berdekad, Malaysia kuat di bahagian back end semikonduktor, iaitu pemasangan, pengujian dan pembungkusan cip. Penting, tapi nilai dibayar tinggi ialah di bahagian front end, iaitu reka bentuk cip.

Tapi pekerjaan macam ni tak akan wujud dengan sendiri. Kita perlu bina ekosistemnya.

Dan memang banyak kerja untuk siapkan ekosistem keseluruhannya.

Kita mahu ada pereka bentuk cip dalam kalangan anak tempatan yang cukup.

Dalam masa yang sama ada peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka.

Kerja masih banyak untuk kita buat sampai ia benar-benar menjadi.
0
2
3
174
Saya baca kenyataan Ketua Pemuda PAS, YB Afnan Hamimi, tentang Belanjawan 2027.

Terus terang, banyak perkara yang dibangkitkan itu terutamanya isu gaji, kita setuju.

Masalah graduan bekerja tidak setara kelayakan memang wujud. Ia masalah struktur, dan ia bukan berlaku sejak i masalah kita adalah kita sering fokus kepada matlamat berbentuk aspirational, sebab itu wujud macam-macam pelan induk.

Sebaliknya, kita seharusnya mengalihkan perhatian kepada program design apa yang ada untuk menangani isu gaji ini secara konkrit.

Pertamanya kita tak boleh lihat isu gaji ini dari satu sudut sahaja.

Gaji minimum naik ke RM2,000 mulai Jun 2027. Itu lantai.

Dan soal soal gaji minimum ini saya telah jawab secara terperinci di Dewan Rakyat semalam. Boleh rujuk jawapannya.

Tapi saya nak pergi lebih jauh.

Kenyataan itu minta kerajaan wujudkan lebih banyak pekerjaan berkemahiran tinggi. Setuju. Persoalannya, bagaimana?

Pekerjaan bergaji tinggi tak boleh diwujudkan dengan arahan. Ia perlukan ekosistem.

Sebab itu kita ada kerjasama Malaysia–Arm, dengan sasaran melatih 10,000 bakat reka bentuk cip. Graduan dalam bidang ini sudah boleh mula dengan gaji sekitar RM5,000. Sebab itu juga kita gerakkan KL20, dan kampus ATE di Batu Kawan.

Tapi ekosistem ini tak boleh tertumpu di Lembah Klang dan Pulau Pinang sahaja.

Hari ini, hanya Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melepasi median gaji nasional RM2,940.

Sebab itu Kementerian Ekonomi memutuskan peruntukan pembangunan yang lebih tinggi untuk negeri-negeri termasuk Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Di bawah RMK-13, sejumlah RM93.9 bilion disalurkan kepada enam negeri kurang membangun.

Dan ini bukan sekadar jalan dan longkang.

Di Kedah, Kedah Rubber City dijangka mewujudkan 14,500 peluang pekerjaan dalam industri getah bernilai tinggi. Ditambah lagi dengan Kulim Hi-Tech Park dan Zon Ekonomi Khas Sempadan Bukit Kayu Hitam.

Di Perlis, kerajaan memperuntukkan RM327 juta untuk Perlis Inland Port, iaitu hab logistik dengan rangkaian sehingga ke Laos malah ke Asia Tengah.

Di Kelantan dan Terengganu, ECRL dijadual mula beroperasi hujung tahun ini. Kota Bharu ke Gombak sekitar 4 jam sahaja. Di Terengganu ada enam stesen, dan Kemaman berpotensi menjadi hab industri dan logistik.

Bila ada ekosistem, pelabur datang. Bila pelaburan masuk, pekerjaan bernilai tinggi wujud di negeri sendiri.

Supaya selepas ini, tak perlulah lagi Exco Terengganu melancarkan majlis pelepasan anak-anak Terengganu beramai-ramai untuk bekerja di Shah Alam.

Biar anak muda boleh membina kerjaya dan bergaji setimpal di negeri sendiri, dan potensi ekonomi negeri SG4 ini dimaksimumkan.

Dasar Gaji Progresif pula akan dinilai secara menyeluruh hujung tahun ini, bukan sekadar dari segi berapa ramai yang menyertai, tapi sejauh mana gaji pekerja benar-benar bergerak.
1
16
44
960
Kalau tanya saya, isu gaji ini sekarang kita perlu jadikan isu nombor 1 atau isu paling utama dari Belanjawan kali ini untuk kita bincangkan 💯

Isu gaji juga menjadi soalan MQT pertama yang ditanyakan selepas Belanjawan dibentangkan.

Sebenarnya perbincangan mengenai gaji tidak pada isu kos sara hidup semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira produktiviti pekerja dan majikan.

Jadi soalnya adalah untuk mengalih perhatian daripada untuk terus berjimat kepada bagaimana untuk kita meningkatkan kecekapan dengan mengeluarkan output yang lebih bernilai tinggi.

Dalam konteks ini, peningkatan produktiviti perlu disokong melalui penambahbaikan kemahiran tenaga kerja, penggunaan teknologi yang lebih meluas serta pelaksanaan latihan berterusan.

Ini ruang atau skop yang perlu kita fokus untuk menyokong usaha supaya pasaran buruh kita membenarkan pergerakan gaji yang setimpal kepada setiap daripada kita.

Atau kata lainnya, gaji itu progresif.

Sebab itu saya juga akan ambil sedikit masa untuk respon kenyataan-kenyataan oleh Ahli Dewan Rakyat sepanjang perbahasan Belanjawan ini berlangsung, sama ada Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang yang menyentuh soal isu gaji ini.
1
8
36
1,317
Ada yang bertanya kepada saya, kenapa Kementerian Ekonomi yang selalu bercakap soal gaji, pertumbuhan ekonomi makro dan RMK13 sibuk juga buat rancangan reality TV show inovasi untuk budak sekolah ?

Jawapannya mudah : kita mahu ramaikan pencipta ✅

Kalau kita mahu ekonomi high a perlukan lebih ramai anak Malaysia yang mereka bentuk teknologi, bukan sekadar memasangnya.

Dan minat itu perlu dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

Persoalannya, bagaimana nak buat anak-anak, malah satu keluarga, minat dengan sains dan inovasi?

Cuba fikir. Selama ini, apa yang kita tonton beramai-ramai di ruang tamu pada hujung minggu? Pertandingan menyanyi. Drama. Filem.

Tak salah. Tapi attention span setiap kita ini terhad.

Sebab itu kita mahu mengarus perdanakan inovasi. Kita jadikan ia sebahagian daripada infotainment masyarakat, setaraf dengan rancangan hiburan yang lain.

Biar anak-anak yang mencipta robot dan menyelesaikan masalah juga dijulang sebagai bintang.

Biar ibu bapa bersorak untuk idea anak mereka, sama seperti kita bersorak untuk peserta pertandingan nyanyian.

Kalau kerajaan sekadar buat kempen biasa, mesejnya jarang sampai.

Tapi bila inovasi masuk ke ruang tamu setiap Ahad malam, ia menjadi sebahagian daripada budaya.

Biar kawan-kawan kepada peserta ini juga FOMO di sekolah 😌

Dan alhamdulillah, sedikit sebanyak ia berjaya menarik minat.

Tahun lepas, sasaran asal hanya 500 penyertaan, tetapi kita terima lebih 2,000. Tahun ini kita pecah rekod sekali lagi :

✅ 1,875 pasukan
✅ 6,060 pelajar mencuba nasib
✅ Kategori baharu untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK)

Kerana bakat inovasi boleh datang dari mana-mana. Tiada anak yang patut tercicir.

Hari ini mereka cipta robot di pentas Junior Innovathon.

Esok, mungkin mereka yang mereka bentuk cip Made by Malaysia dan dibayar setara dengan kepakaran mereka.

Jadi jom tonton Junior Innovathon 2026 setiap Ahad, jam 9 malam di TV1 📺
1
13
52
920